PENGENALAN KEPADA SUKARELAWAN ASDAF

Selamat datang diucapkan kepada semua pengunjung yang mengunjungi laman blog sukarelawan ASDAF ini. Di ruangan ini kami mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja yang ingin menjadi sukarelawan ASDAF bagi membantu dalam menjayakan segala bentuk program yang dianjurkan kepada para pelajar khasnya.
Di Asdaf terdapat 3 bentuk kerja sukarelawan yang dijalankan sepanjang tahun. Antaranya :
1. Program anjuran Biro Latihan Kepimpinan Pelajar ( LKP ).
2. Program anjuran Biro Akademik.
3. Program anjuran badan pertubuhan atau institusi terhadap pelajar.

Program anjuran Biro LKP :
Program ini merupakan satu bentuk program untuk membina sahsiah pelajar dari pelbagai sudut terutama dalam membentuk pelajar untuk menjadi seorang pemimpin yang berguna atau menjadi insan contoh kepada masyarakat setempat. Antara contoh aktiviti yang dianjurkan adalah seperti senaman pagi, pemeriksaan asrama, gotong-royong membersihkan kawasan, kewajipan solat dan yang utama adalah program wacana atau kemahiran berucap dikhalayak ramai.

Program anjuran Biro Akademik :
Program ini lebih menjurus kepada aktiviti akademik seperti kelas tuisyen, bengkel kemahiran subjek, dan kelas persediaan.

Program anjuran sukarelawan luar :
Program ini biasanya dianjurkan oleh badan atau institusi sukarelawan luar yang berminat untuk mendekati para pelajar ASDAF.


KATEGORI SUKARELAWAN
Terdapat 3 kategori kumpulan sukarelawan yang berkhidmat di ASDAF iaitu :
1. Pertubuhan / yayasan kebajikan berdaftar yang menjadikan ASDAF sebagai rumah kebajikan angkat kepada mereka.
2. Sukarelawan daripada IPTA / IPTS yang ingin menganjurkan program bagi menjayakan tugasan yang diamanahkan kepada mereka dalam aktiviti kebajikan.
3. Individu yang berminat untuk menjadi sukarelawan dan tidak terikat dengan mana-mana pertubuhan.Pertubuhan / Yayasan kebajikan berdaftar.

Antara pertubuhan / yayasan kebajikan berdaftar yang berkhidmat di ASDAF adalah :

1. YAYASAN KEMANUSIAAN MUSLIM AID MALAYSIA
Muslim Aid telah memilih dan menjadikan ASDAF sebagai rumah angkat bagi mereka memandangkan kos tanggungan ASDAF adalah besar setiap tahun. Antara aktiviti atau program anjuran MUSLIM AID adalah dengan membina atau menghasilkan kebun yang diberi nama sebagai " Kitchen Garden "

Objektif Kitchen Garden
Objektif utama Kitchen Garden adalah untuk mendidik rumah kebajikan dalam menghasilkan makanan mereka sendiri disamping menggunakan tanah yang ada secara optimum untuk kegunaan harian. Banyak jenis tanaman telah diusahakan di sini seperti daun kari, serai, kacang pancang, pokok cili, dan sebagainya. Mereka juga menggunakan kaedah semulajadi dalam menghalau pestisid dengan menanam serai wangi. Ini dapat menjimatkan kos disamping dapat mengeluarkan makanan untuk kegunaan harian di ASDAF untuk para pelajar.

Mereka tidak terikat dengan aktiviti ASDAF dan bergerak di atas matlamat mereka sendiri. Secara tidak langsung ini mendidik para pelajar mengenai ilmu penanaman agar diaplikasikan dalam kehidupan di rumah apabila pulang ke kampung.

Sukarelawan yang berminat juga boleh meluangkan masa apabila pulang daripada kerja dengan singgah di Kitchen Garden dan membantu dalam menguruskan kebersihan persekitaran kawasan tersebut atau membantu dalam menyumbang pokok atau jenis tanaman di tapak tersebut.

Projek-projek lain melibatkan program jangka masa panjang di ASDAF seperti Glitters of Tomorrow. Program ini bertujuan untuk membantu anak-anak ASDAF untuk menyesuaikan diri dalam kehidupan yang moden di Kuala Lumpur.Bantuan-bantuan lain seperti daging Qurban For Life (Q4L), serta bantuan dalam bentuk pendidikan.


2. YAYASAN SALAM
Yayasan Salam banyak menaburkan bakti kepada ASDAF dalam menghulurkan bantuan makanan, peralatan dan pakaian kepada pelajar ASDAF. Mereka juga banyak menyalurkan bantuan tenaga sukarelawan dan bantuan teknikal dalam apa sahaja program yang dianjurkan oleh ASDAF termasuk Program Ihtifal.

MAKLUMAT PENTING

PERHATIAN !
Keputusan mesyuarat AJK PERKIM pada 1 hb MAc 2009 yang lepas telah sebulat suara mengarahkan dan menetapkan bahawa aktiviti sukarelawan luar hanya dihadkan kepada 2 kali sebulan sahaja. Mereka yang berhasrat untuk menganjurkan program di ASDAF perlulah bersabar dan menunggu giliran. Harap maklum.

Segala Program Wacana yang telah diaturkan tidak boleh dianjakkan ke tarikh yang lain kerana pihak ASDAF sendiri melalui unit Biro LKP telah membawa masuk sukarelawan atau menjemput mereka khas untuk matlamat LKP. Harap maklum.

Program anjuran sukarelawan luar hanya diberi laluan pada hari Sabtu sahaja( 2 kali sebulan ). Sila pilih tarikh di dalam jadual yang tertera aktiviti "gotong-royong" dan aktiviti ini perlu dimasukkan ke dalam program yang ingin dianjurkan oleh sukarelawan bersama para pelajar.
Jadual "JADUAL LKP 2009 " boleh didapari daripada Pengerusi LKP.
Harap maklum.

BERITA SUKARELAWAN

Read More......

PROGRAM WACANA DAN KEMPEN JOM TUTUP AURAT PERINGKAT LELAKI


Tahniah pelajar UKM dan UNIMAS !

Pada 12hb April 2009, Program wacana yang kedua telah diadakan di ASDAF. Seramai 37 orang sukarelawan daripada UNIMAS dan UKM telah hadir dalam membantu menjayakan Program wacana dan Kempen Jom Tutup Aurat ! ( peringkat lelaki ). Program kali ini melatih pelajar bercerita dan bersyarahan dan para sukarelawan telah menjayakannya dengan penuh gaya dan minat. Tahniah kepada para sukarelawan , AJK LKP serta staf ASDAF yang menjayakan program. Semoga dengan segala usaha yang dijalankan dapat memberi kesan kepada pelajar dan membentuk sahsiah yang cemerlang. InsyaAllah...

Read More......

PROGRAM WACANA DAN KEMPEN JOM TUTUP AURAT ! ( PERINGKAT WANITA )

Pada 8hb Mac 2009, Program wacana yang pertama telah diadakan di ASDAF. Seramai lebih kurang 40 orang sukarelawan daripada beberapa IPTA iaitu UM, UNIMAS dan UIA telah hadir dalam membantu menjayakan program. Aktiviti seperti senaman pagi, pemeriksaan asrama, program wacana dan Kempen Jom Tutup Aurat ! telah diadakan. Program berjalan mengikut masa yang ditetapkan dan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Para pelajar memberi maklum balas positif di mana program tahun ini tidak memenatkan, ringkas dan padat serta mereka mendapat perhatian yang sempurna. Tahniah kepada para sukarelawan , AJK LKP serta staf ASDAF yang menjayakan program. Semoga dengan segala usaha yang dijalankan dapat memberi kesan kepada pelajar dan membentuk sahsiah yang cemerlang. InsyaAllah...

Read More......