Sukarelawan dari Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia telah meluangkan masa bersama anak-anak ASDAF untuk membantu mereka membuat kerja sekolah. Zaime yang merupakan arkitek alam sekitar dan Jue pelajar dari Univesiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sempat memberi bimbingan kepada mereka. Mereka lebih gemar mengisi masa lapang dengan anak-anak ASDAF kerana dapat membantu mengurangkan stress bekerja dan belajar.


