Tarikh: 28 Feb 09
Masa: 12.30pm
Report dari: Dyauddin (Pelajar Pusat Asasi UIA PJ)
Alhamdulillah, kami pelajar-pelajar Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Petaling Jaya telah dapat meluangkan masa bersama pelajar-pelajar di ASDAF. Memandangkan kami pernah melaksanakan program bersama pelajar-pelajar pada 7 Februari 2009 yang lalu, jadi kami mengambil inisiatif untuk terus mengambil tahu perkembangan pelajar-pelajar di sini dan dijadikan adik angkat kami. Lawatan kami ini juga kerana kami ingin terus mengeratkan hubungan yang pernah terjalin atara kami. Kedatangan kami 9 orang ini juga telah dapat bersama-sama adik-adik bagi menyiapkan kerja rumah dan berkongsi masalah. Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan ASDAF kerana membenarkan kami melaksanakan program bersama pelajar-pelajar ASDAF.

