Program Muhadharah
Pada asalnya Program Muhadharah diwujudkan pada tahun 2004. Program ini diwujudkan bagi memberi pendedahan kepada para pelajar berpidato dan bercerita dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Program tersebut diadakan dalam bentuk bengkel. Objektif utama Muhadharah pada ketika itu adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar Asdaf mengenai kemahiran berucap dikhalayak ramai serta memperbaiki pemahaman dan kemahiran dalam kedua-dua bahasa tersebut. Ini kerana bagi para pelajar Orang Asli, Bahasa Melayu merupakan bahasa kedua bagi mereka dan kerana itulah mereka lemah dalam pelajaran.
Program Latihan Kepimpinan Pelajar ( LKP )
Pada akhir 2007, dengan kebijaksanaa pengerusi program pada ketika itu iaitu Tn Haji Razak Bin Idris, mengikut kesesuaian para pelajar, Program Muhadarah telah ditukar namanya kepada Program Latihan Kepimpinan. Ini kerana aspek untuk menilai keperibadian seorang pemimpin bukan terletak pada kemahiran berucap semata-mata. Ia juga perlu dinilai melalui kebersihan, tahap disiplin dan kecemerlangan akademik. Oleh itu skop LKP telah diperluaskan kepada bidang-bidang tersebut supaya ASDAF dapat menghasilkan para pelajar yang berkualiti dan mendapat kemahiran yang berguna dalam kehidupan.

