KATEGORI SUKARELAWAN
Terdapat 3 kategori kumpulan sukarelawan yang berkhidmat di ASDAF iaitu :
1. Pertubuhan / yayasan kebajikan berdaftar yang menjadikan ASDAF sebagai rumah kebajikan angkat kepada mereka.
2. Sukarelawan daripada IPTA / IPTS yang ingin menganjurkan program bagi menjayakan tugasan yang diamanahkan kepada mereka dalam aktiviti kebajikan.
3. Individu yang berminat untuk menjadi sukarelawan dan tidak terikat dengan mana-mana pertubuhan.
Pertubuhan / Yayasan kebajikan berdaftar
Antara pertubuhan / yayasan kebajikan berdaftar yang berkhidmat di ASDAF adalah :
1. YAYASAN KEMANUSIAAN MUSLIM AID MALAYSIA
Muslim Aid telah memilih dan menjadikan ASDAF sebagai rumah angkat bagi mereka memandangkan kos tanggungan ASDAF adalah besar setiap tahun. Antara aktiviti atau program anjuran MUSLIM AID adalah dengan membina atau menghasilkan kebun yang diberi nama sebagai " Kitchen Garden "
Objektif Kitchen Garden
Objektif utama Kitchen Garden adalah untuk mendidik rumah kebajikan dalam menghasilkan makanan mereka sendiri disamping menggunakan tanah yang ada secara optimum untuk kegunaan harian. Banyak jenis tanaman telah diusahakan di sini seperti daun kari, serai, kacang pancang, pokok cili, dan sebagainya. Mereka juga menggunakan kaedah semulajadi dalam menghalau pestisid dengan menanam serai wangi. Ini dapat menjimatkan kos disamping dapat mengeluarkan makanan untuk kegunaan harian di ASDAF untuk para pelajar.
Mereka tidak terikat dengan aktiviti ASDAF dan bergerak di atas matlamat mereka sendiri. Secara tidak langsung ini mendidik para pelajar mengenai ilmu penanaman agar diaplikasikan dalam kehidupan di rumah apabila pulang ke kampung.
Sukarelawan yang berminat juga boleh meluangkan masa apabila pulang daripada kerja dengan singgah di Kitchen Garden dan membantu dalam menguruskan kebersihan persekitaran kawasan tersebut atau membantu dalam menyumbang pokok atau jenis tanaman di tapak tersebut.
Projek-projek lain melibatkan program jangka masa panjang di ASDAF seperti Glitters of Tomorrow. Program ini bertujuan untuk membantu anak-anak ASDAF untuk menyesuaikan diri dalam kehidupan yang moden di Kuala Lumpur.
Bantuan-bantuan lain seperti daging Qurban For Life (Q4L), serta bantuan lain dalam bentuk pendidikan.
Projek-projek lain melibatkan program jangka masa panjang di ASDAF seperti Glitters of Tomorrow. Program ini bertujuan untuk membantu anak-anak ASDAF untuk menyesuaikan diri dalam kehidupan yang moden di Kuala Lumpur.
Bantuan-bantuan lain seperti daging Qurban For Life (Q4L), serta bantuan lain dalam bentuk pendidikan.
2. YAYASAN SALAM
Yayasan Salam banyak menaburkan bakti kepada ASDAF dalam menghulurkan bantuan makanan, peralatan dan pakaian kepada pelajar ASDAF. Mereka juga banyak menyalurkan bantuan tenaga sukarelawan dan bantuan teknikal dalam apa sahaja program yang dianjurkan oleh ASDAF termasuk Program Ihtifal.

