Bagaimana caranya untuk saya menjadi sukarelawan ASDAF ?
Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada sukarelawan kami, apa yang anda perlu lakukan adalah hubungi Pengerusi LKP dan berikan maklumat lengkap mengenai diri anda. Anda juga boleh hubungi pihak pejabat ASDAF dan berbuat demikian.
Sekiranya saya menjadi sukarelawan, apakah kerja yang perlu saya lakukan ?
Jika anda mendaftar sebagai sukarelawan ASDAF, anda akan diserapkan kepada program yang telah dirancang oleh Biro LKP ASDAF supaya dapat bersama-sama kami menjayakan program terhadap pelajar. Anda juga boleh memilih mana-mana tarikh dalam " JADUL LKP 2009" dan datang ke ASDAF untuk berkhidmat. Kami amat memerlukan sukarelawan yang banyak dalam satu-satu masa seperti dalam jadual supaya dapat memberikan penumpuan yang berkesan kepada pelajar ASDAF. Sasaran kami adalah sekurang-kurangnya satu fasilitator bagi 2 orang pelajar.
Saya boleh berkhidmat di bawah LKP sahajakah ?
Tidak, anda boleh memilih untuk berkhidmat di bawah Biro Akademik. Ini seperti membantu ASDAF dalam memantau atau membantu pelajar ASDAF dalam menyiapkan kerja sekolah pada waktu petang di antara jam 2.00 petang ke 4.30 petang setiap hari ( Isnin - Jumaat ) serta pada hari Sabtu. Kami amat kekurangan sukarelawan bagi membantu para pelajar dalam kelas persediaan terutama pada hari bekerja.
Sekiranya mendaftar, perlukah saya berkhidmat secara berterusan ?
Tidak. Anda bebas untuk datang ke ASDAF pada bila-bila masa mengikut kelapangan anda. Kami amat menghargai segala bentuk jasa anda terhadap pelajar ASDAF walaupun anda berada di sini untuk sesaat. Anda juga boleh memilih mana-mana tarikh dalam "JADUAL LKP 2009 " untuk kembali ke ASDAF dan berkhidmat. Ingat, kami yang memerlukan anda.
Apa saya dapat bila menjadi sukarelawan ASDAF ?
Kami kurang berkemampuan untuk memberi elaun kepada sukarelawan tetapi kami mempunyai kemudahan ruang solat yang selesa, ruang rehat dan makanan percuma kepada sukarelawan. Kami juga ada menyediakan sijil penghargaan kepada sukarelawan.
Itu sahajakah kerja sukarelawan di ASDAF ?
Jika anda berminat untuk pergi lebih jauh, anda bolehlah mendaftar kepada badan pertubuhan sukarelawan yang besar seperti Yayasan Salam dan Muslim Aid. Mereka juga ada membuat program yang berterusan di ASDAF tanpa melibatkan program yang dianjurkan oleh ASDAF sendiri.
Selain itu, anda juga boleh terus ke ASDAF pada setiap Khamis malam untuk membantu para pelajar membaca Al-Quran dan bersama-sama membaca Yaasin bersama para pelajar.
Anda juga boleh datang pada waktu kelas persediaan untuk membantu pelajar menyiapkan kerja sekolah dan mengulangkaji pelajaran mereka. Ini pada setiap hari ( Isnin hingga Khamis ) jam 2.30 hingga 4.30 petang. Ini semua merupakan kerja sukarela dan kami tidak menyediakan sebarang bayaran kerana ketiadaan dana atau peruntukan. Harap maklum.
Saya tiada masa untuk menjadi sukarelawan. Apa lagi yang saya boleh bantu terhadap pelajar ASDAF ?
Kami amat berbesar hati sekiranya anda dapat memberikan sumbangan dalam bentuk material yang boleh digunakan kepada pelajar. Ini boleh dilihat dalam ruangan sumbangan barangan keperluan ASDAF iaitu peralatan yang diperlukan bagi menjayakan program atau dapat membantu perkembangan pelajar ASDAF sama ada dalam pembangunan sahsiah atau akademik. Anda juga boleh menaja makanan atau minuman kepada sukarelawan lain yang datang dalam membantu menjayakan program kami. Tarikh-tarikh program yang menggunakan sukarelawan yang ramai ada dinyatakan dalam " JADUAL LKP 2009 "
Bagi bantuan derma dalam bentuk kewangan, anda bolehlah menyumbangkannya di dalam akaun ASDAF juga seperti dalam ruangan sumbangan kepada ASDAF atau lihat di halaman utama blog asdaf iaitu http://www.asdafperkim.blogspot.com/.
Segala bentuk bantuan anda amatlah kami harapkan ribuan ucapan terima kasih kami ucapkan. Semoga ALLAH dapat membalas segala jasa anda yang tidak ternilai itu terhadap kami.

