Bermula tahun 2009, semua program anjuran mana-mana badan sukarelawan adalah di bawah kelolaan Biro LKP ASDAF. Ini kerana beberapa masalah wujud sekiranya tiada satu pengawasan aktiviti terhadap para pelajar. Ini kerana mereka mempunyai kelas tuisyen yang dibayar dan pelajar ASDAF perlu menghadirinya setiap malam iaitu 6 hari seminggu kecuali hari Khamis. Tuisyen yang mereka pelu hadiri adalah Kelas Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Kelas Sains dan Kelas KAFA. Kelas bermula pada jam 8.15 malam sehingga 10.20 malam.
Apa Masalah Yang Timbul ?
Jadual kehidupan pelajar ASDAF telah ditetapkan sepanjang minggu dan mereka hanya mempunyai waktu berehat pada hari Sabtu dan Ahad sahaja pada siang hari. Kebanjiran sukarelawan yang bermurah hati kadang kala tidak putus-putus setiap minggu. Program sukarelawan yang tidak dipantau juga akan menjadikan para pelajar stress. Ini kerana tuisyen 6 kali seminggu ditambah dengan program yang wajib dihadiri pada hujung minggu menyebabkan selama ini para pelajar ASDAF langsung tiada masa untuk membuka buka rujukan untuk mengulangkaji pelajaran mereka. Pelajar kadang kala merungut kerana kepenatan. Ini kerana program yang dianjurkan pada hari Ahad oleh sukarelawan kadang kala tamat lewat petang dan mereka perlu menghadiri kelas tuisyen pada malam hari dan perlu ke sekolah pada keesokan harinya. Oleh itu matlamat untuk menjadikan mereka cemerlang dalam pelajaran tidak dapat dikecapi sehingga kini.
Apa Usaha LKP Untuk Mengatasi Masalah Tersebut ?
Atas usaha kerjasama unit Biro LKP dan Biro Akademik, kini program terhadap pelajar dihadkan kepada 2 minggu sekali sahaja. Oleh itu kami telah menetapkan jadual LKP untuk sepanjang tahun 2009. Jadual "Jadual LKP 2009" boleh didapati daripada Pengerusi LKP
Bagaimana Jika Kami Ingin Mengadakan Program di ASDAF ?
Jadual yang tertera bukanlah satu kemestian. Apa yang perlu anda lakukan adalah :
1. Anda boleh memilih satu tarikh yang tertera aktiviti "gotong-royong" yang terdapat di dalam jadual yang diberikan. Program sukarelawan luar hanya ditetapkan pada hari Sabtu sahaja. Gotong-royong perlu dijadikan salah satu aktiviti yang dijalankan oleh sukarelawan.
Program perlu tamat selewat-lewatnya jam 5.00 petang supaya tidak memenatkan pelajar keparan pelajar perlu menghadiri kelas KAFA pada waktu malam.
Jadual LKP 2009 boleh didapati daripada Pengerusi LKP.
2. Buat temujanji dengan Pengerusi LKP untuk program yang bakal dianjurkan.
3. Tolong sediakan tentatif program yang sebenar supaya memudahkan urusan.
4. Jika program yang ingin dianjurkan mendatangkan faedah kepada pelajar, program LKP akan dianjak ke tarikh yang lain supaya dapat memberi laluan kepada badan sukarelawan tersebut.
5. Keputusan akan diumumkan di dalam blog ini dalam ruangan " aktiviti sukarelawan ".
6. Keputusan akan berubah dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan kesesuaian ASDAF kerana kadang kala banyak perkara di luar jangka akan berlaku seperti pelajar terpaksa ke sekolah kerana sekolah ganti. Oleh itu sila periksa blog di ruangan yang sama selang 2 hari sekali. Harap maklum.
AMARAN KERAS !!
Tentatif program perlu di dedahkan kepada pelajar sebulan awal supaya pelajar dapat menyiapkan diri dari segi fizikal dan mental sebelum program dijalankan. Harap semua sukarelawan yang datang untuk menganjurkan program di ASDAF supaya lebih bertanggungjawab dan memahami situasi pelajar kerana kita semua adalah berkhidmat untuk membantu ASDAF.
PERINGATAN !
Segala program yang tertera dalam post "Program Wacana" di ruangan "aktiviti sukarelawan" adalah program yang tidak dapat dianjakkan kerana kami telah bekerjasama dengan sukarelawan daripada beberapa ipta tempatan objektif khas untuk matlamat LKP. Kami yang memerlukan mereka dan membawa mereka khas ke ASDAF. Harap maklum.

