
Kami amat memerlukan keperluan berikut untuk kegunaan para pelajar ASDAF
1. Kerusi untuk belajar.
Tujuan :
Kami telah menyediakan bilik khas yang digunakan sebagai perpustakaan dan sebagai kelas tuisyen kerana kekurangan bangunan. Bilik ini sesuai digunakan sebagai bilik seminar atau bilik tayangan video kepada para pelajar. Malangnya, kami kekurangan kerusi tersebut untuk menampung jumlah bilangan pelajar yang ramai termasuk sukarelawan. Kadang kala para pelajar terpaksa mengangkat kerusi tersebut dan di bawa dari satu bilik ke satu bilik yang lain apabila sesuatu program dijalankan.
Kuantiti yang diperlukan : 100 buah
2. Kerusi biru
Tujuan :
ASDAF amat kekurangan kerusi ini dan apabila sesuatu program dijalankan, para pelajar terpaksa mengangkat kerusi tersebut dari dewan makan ke dewan besar untuk memulakan program. Untuk itu hadirin seperti sukarelawan juga kekurangan kerusi lebih-lebih lagi pada waktu makan.
Kuantiti yang diperlukan : 100 buah
3. Almari buku
Tujuan :
Memandangkan kami telah mewujudkan perpustakaan, banyak penderma telah mendermakan buku atau bahan bacaan yang banyak tetapi kami kekurangan almari buku untuk menyusun buku-buku tersebut mengikut kategori supaya mudah di akses oleh para pelajar. Kami memohon penderma supaya mendermakan kami almari buku supaya dapat membina minat dikalangan pelajar supaya minat membaca.
Kuntiti yang diperlukan : 5 buah
4. Penapis air / "water dispenser "
Tujuan :
Kami ketiadaan alat yang boleh diletakkan di dewan makan supaya para pelajar dapat mengambil air yang bersih untuk diminum. Apa yang kami lakukan adalah dengan memasak air terus dari paip dan meletakkannya di dalam jag untuk diberikan kepada pelajar. Pelajar tidak dapat minum pada waktu kelas tuisyen kerana kadang kala air telah habis.
Kami berharap penderma dapat menderma penapis air elektrik yang menapis air terus dari paip supaya ia boleh diletakkan di tepi dewan makan dan para pelajar dapat minum pada bila-bila masa apabila dahaga. Ia amat mahal dan ia biasanya berhaga RM 6000 ke atas. Kerana itulah kami kekurangan wang untuk membelinya.
Jika "water dispenser " seperti dalam gambarajah di atas, kami mempunyai masalah dana untuk membeli dan mengisi semula air tersebut secara berterusan dan ini akan meningkatkan kos pengendalian asrama kami bagi sepanjang tahun.
SUMBANGAN KEWANGAN
Kami memerlukan dana daripada derma orang ramai dalam jumlah yang banyak iaitu kira-kira RM 500,000 untuk menguruskan keperluan asrama ini sepanjang tahun. Ini seperti :
1. Bayaran bil utiliti
2. Bayaran kelas tuisyen,
3. Duit belanja harian untuk ke sekolah oleh para pelajar
4. Membeli keperluan sekolah dan asrama kepada pelajar
5. Membaikpulih bangunan
6. Kos pengangkutan pelajar.
7. Kos menganjurkan aktiviti pelajar dan membawa pelajar bersiar-siar secara berkala.
8. Lain-lain
Sebarang sumbangan dalam bentuk kewangan boleh disalurkan melalui :
Akaun Maybank ASDAF : 564146531574
(ASRAMA DARUL FALAH PERKIM)

