SEJARAH BIRO AKADEMIK ASDAF

Biro Akademik di ASDAF ditubuhkan pada tahun 2008. Ia diwujudkan kerana selama ini tiada pengawasan yang konsisten dalam penilaian dan perancangan akademik ASDAF yang menyebabkan hasil pencapaian para pelajar tidak memuaskan sepanjang tahun walaupun telah diberikan dengan kelas tuisyen yang diadakan hampir setiap malam.

OBJEKTIF BIRO AKADEMIK
Objektif penubuhannya adalah memastikan peningkatan pencapaian pelajar dengan harapan supaya mereka dapat menjadi insan yang berguna dan pencapaian yang diterima dapat digunakan bagi mencari pekerjaan yang baik apabila keluar daripada ASDAF setelah tamat pengajian seterusnya dapat meningkatkan ekonomi mereka.

Pada tahun 2009, kini Biro Akademik membuat aktiviti yang terancang dalam menguruskan kelas tuisyen dan membahagikan kumpulan pelajar kepada beberapa tahap pencapaian dan kelas diadakan mengikut tahap pelajar. Dengan cara ini pelajar yang lemah dapat dikenalpasti dan penekanan serta perhatian yang khusus dapat ditumpukan kepada mereka supaya dapat meningkatkan prestasi pencapaian akademik di sekolah. Kelas hari Khamis telah dianjakkan ke hari yang lain supaya dapat memberi laluan kepada aktiviti keagamaan. Ini perlu supaya pembangunan rohani dapat diterapkan terhadap para pelajar memandang kebanyakan daripada mereka adalah mualaf dan baru beberapa tahun memeluk ISLAM.

Pengerusi Biro Akademik ASDAF diterajui oleh Cik Siti Zaleha Binti Mat Diah dan dibantu oleh beberapa orang sukarelawan serta guru-guru tuisyen dan guru KAFA yang mengajar di ASDAF. Di atas kerjasama muhibbah di antara Biro Akademik dan Biro LKP 2008 iaitu Tn.Haji Razak Bin Idris, di atas jasa beliau, ASDAF telah mempunyai perpustakaan yang selesa beserta ruangan untuk bilik tayangan dan Bilik Komputer sendiri di mana 10 buah komputer telah didermakan oleh penderma yang budiman untuk keperluan pelajar ASDAF. Tujuan utama mewujudkan perpustakaan dan Bilik Komputer ini adalah supaya pelajar ASDAF celik komputer dan mempunyai minat untuk membaca.
Maklumat kelas tuisyen boleh didapati di ruangan "muat turun" di bawah tajuk " Jadual Kelas Tuisyen "